Khamis, Februari 25, 2010

BISNES INTERNET...Tidak Mahu Tertipu Lagi

Aku dah malas dan serik join bisnes internet ni.. sebab memang aku sedar ianya tidak sesuai dgn jiwa aku dan aku anggap ianya menipu! Bagaimana ianya menipu? Senang saja.. Biasanya bisnes internet ni bertujuan utk cari sebanyak mungkin "downline" di mana kononnya kita akan mendapat komisyen. Masa nak dptkan downline itulah kita menipu yang kita dah banyak untung dan dpt komisyen padahal ianya tidak spt yg digambarkan.. Bisnes internet juga tidak berterusan pada pelanggan yang sama sbb setiap "downline" hanya sekali sahaja kita akan dapat komisyen dan perlu cari downline lain pula.. Jadi mulai sekarang akan tak akan terpengaruh lagi dengan bisnes2 internet yg merapu itu..

Sekian..

Tipah tertipu lagi...

Selasa, Februari 02, 2010

Akhirnya mereka pergi jua...

13 januari 2010 lepas aku dikejutkan dgn kehadiran dan kelahiran 3 ekor anak kucing di depan laman rumahku. mula2 tu rasa malas nak jaga sbb dah ada 4 ekor yg sedia ada di rumah.. tp kesian punya pasal.. aku anggap la 3 anak kuing tu + ibu dia sbg family baru aku.. aku benarkan mereka melepak di kawasan letak kereta depan rumah aku.. aku sediakan kotak utk mereka berteduh tatkala kedinginan malam dan sediakan makanan kering dan air bersihb untuk ibunya (spy ibunya tak merayau2 mencari sisa2 makan di luar)

hari demi hari aku tidak pernah lupa untuk menjenguk tiga beradik yg belum sempat dinamakan itu.. semakin hari semakin membesar dan mulai bermain2 di sebalik kotak dan rak kasut... ketiga2nya comel2 belaka...

tatkala pada 31 januari 2010..ketika hendak menyediakan makanan kering untuk ibu kucing tersebut.. aku terkejut mendapati bahawa mereka sudah tiada di situ... sunyi.. tak sempat aku mengambil gambar2 terbaru anak2 kucing itu... akhirnya mereka pergi jua..entah ke mana...(mungkin keberadaan mereka hanya sementara sahaja...) tak apalah...

Sabtu, Januari 30, 2010

Hari ini aku mula menulis blog

Entah bagaimana hari ini terdetik dihatiku untuk membuka akaun blog sendiri setelah sekian lama hanya sebagai pembaca blog. Dimula penceritaan ini tiadalah yg hendak dituliskan panjang2.. kerana belum membiasakan diri mengarang kisah2 dlm blog ni.

Salam perkenalan dan selamat bersua!

Jumaat, Januari 29, 2010

Mulakan dengan BISMILLAH...


Hari ini aku ingin mula untuk menulis blog.