Selasa, Februari 02, 2010

Akhirnya mereka pergi jua...

13 januari 2010 lepas aku dikejutkan dgn kehadiran dan kelahiran 3 ekor anak kucing di depan laman rumahku. mula2 tu rasa malas nak jaga sbb dah ada 4 ekor yg sedia ada di rumah.. tp kesian punya pasal.. aku anggap la 3 anak kuing tu + ibu dia sbg family baru aku.. aku benarkan mereka melepak di kawasan letak kereta depan rumah aku.. aku sediakan kotak utk mereka berteduh tatkala kedinginan malam dan sediakan makanan kering dan air bersihb untuk ibunya (spy ibunya tak merayau2 mencari sisa2 makan di luar)

hari demi hari aku tidak pernah lupa untuk menjenguk tiga beradik yg belum sempat dinamakan itu.. semakin hari semakin membesar dan mulai bermain2 di sebalik kotak dan rak kasut... ketiga2nya comel2 belaka...

tatkala pada 31 januari 2010..ketika hendak menyediakan makanan kering untuk ibu kucing tersebut.. aku terkejut mendapati bahawa mereka sudah tiada di situ... sunyi.. tak sempat aku mengambil gambar2 terbaru anak2 kucing itu... akhirnya mereka pergi jua..entah ke mana...(mungkin keberadaan mereka hanya sementara sahaja...) tak apalah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan